Inti formula penjagaan bibir Dior Addict Lip Maximizer, yang terdiri daripada 90% bahan berasaskan semula jadi, mengandungi sfera kecil asid hyaluronik. Molekul penting untuk penghidratan ini membantu menarik dan mengekalkan air, sekali gus membantu memberikan kelembapan sehingga 24 jam.*
Diperkaya dengan minyak ceri yang berkhasiat, formula ini memberikan keselesaan maksimum kepada bibir. Seolah-olah diselaputi air, bibir kelihatan lebih menyerlah, lebih licin dan serta-merta tampak lebih penuh.
Diformulasikan dengan haruman pudina, formula ini memberikan sensasi segar dan menyejukkan pada bibir.
Pelbagai pilihan warna dengan kemasan ultra berkilau: jernih, intens, berkilauan dan holografik. Warna dengan perkataan “intense” mempunyai liputan yang lebih tinggi berbanding yang lain.
Aplikator span yang mudah digunakan untuk memberikan kesan volum yang sempurna pada bibir.
* Jumlah yang dikira berdasarkan piawaian ISO 16128-1 dan ISO 16128-2. Peratusan air termasuk. Bahan selebihnya menyumbang kepada prestasi formula, sensasi penggunaan dan kestabilan produk.
** Ujian instrumental ke atas 30 subjek.